Wednesday, October 21, 2009

Fenomena Sejadah Berdiri










TIGA helai sejadah berdiri di Surau Al-Rahmaniah ketika penduduk datang menunaikan solat Asar di Kampung Teluk Yan, Alor Setar semalam.

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan beberapa fenomena sejarah berdiri. Ada yang berpendapat ia dilakukan orang dan ada juga pendapat yang fenomena ini adalah petunjuk atau peringatan dari Allah.









ORANG RAMAI melihat sejadah berdiri di surau Sekolah Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.



Bagi aku pula insan biasa yang tiada apa-apa dan cuma mempunyai sekelumit ilmu ini pula berpendapat bahawa kedua-dua kemungkinan adalah betul. Bagi aku benda ini tak perlu diperdebatkan lebih-lebih (petunjuk atau dibuat orang). Tak kisahlah sejadah itu berdiri atau orang yang dirikan. Anggaplah ia petunjuk dari Allah kerana petunjuk Allah itu boleh melalui pelbagai medium atau cara.

Yang pentingnya apabila kita melihat fenomena ini berlaku ini menunjukkan betapa Allah memberi satu petunjuk bahawa masyarakat kita terlalu lupa dan lalai tentang solat. Mereka yang tidak pernah solat satu perkara, yang bersolat sekali sekala satu perkara, yang solat tanpa ilmu satu perkara dan yang langsung tak ada langsung ilmu solat satu perkara.

Jika sekalipun perkara ini dibuat-buat oleh seseorang atau sesiapa pun kita kena ingat bahawa hakikatnya setiap makhluk digerakkan oleh Allah dan mungkin niat mereka itu mahu menggemparkan suasana tetapi di sudut lain ia adalah sindiran daripada Allah untuk masyarakat kita.

Perlu diambil iktibar oleh kita bersama...Wallah hu a'lam...






TIGA sejadah berdiri di surau Tanah Liat,
Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.


PENDUDUK melihat sejadah berdiri di dalam
Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang semalam

Sunday, October 18, 2009

Kehilangan...

Hari ini salah seorg sahabatku telah kehilangan seorg insan yg aku percaya amat disayanginya kerana seperti aku, aku amat sayangkan ayahku...siapa yg tak sayangkan ayahnyer...org yg telah banyak bersusah payah memerah keringat dari kita masih kecil sampailah ke besar masuk universiti pun dia tanggung. Aku percaya tentu sahabatku tu sedang sgt berduka dan memang berat utknya menerima hakikat pemergian bapanya itu.Tetapi semuanya sudah di dalam perancangan Ilahi. Tak mampu utk diubah siapa pun jika telah ditakdirkanNya. Hanya yg kita mampu hanya menerima hakikat itu dan teruskan kehidupan di samping menunaikan tanggungjawab sebagai anak mendoakannya agar dia sejahtera di alam sana.

Memang mudah utk aku berkata-kata seperti itu tetapi tak dapat aku bayangkan bagaimana keadaan aku apabila tibanya giliran aku menghadapi keadaan seperti ini. Mungkinkah aku dapat menahan perasaan aku dari terus menangisi pemergian insan yang aku sayang? Aku tak tahu...Ayah yg buat masa ini menjadi tulang belakang keluargaku itu semakin hari makin tua dan sudah dihinggapi beberapa penyakit nampak seperti sengaja menggagahkan diri sedangkan keperitannya menahan sakit hanya Allah yg tahu...sememangnya aku tak tahu...aku sangat mengharapkan masih diberi peluang kepadaku utk menabur jasa utknya...moga dipanjangkan lagi umurnya...

Kita mampu merancang hanya tuhan menentukan...seperti sahabatku itu, aku percaya mungkin dia telah menyusun beberapa perancangan utk dilaksanakan selepas ini (habis belajar) bersama bapanya tapi perancangan Allah lebih sempurna dan ada hikmahNya yg tersirat dan kita hanya tahu selepas kita berjaya laluinya dengan tabah dan sabar. Aku sangat mengharapkan agar sahabatku itu tabah dan sabar menghadapi hakikat yg pedih ini...Semoga roh ayahnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan di kalangan hambaNya yg soleh...Alfatihah...

Thursday, October 15, 2009

þëTUã MéMÌLÌH þã§ãÑGãÑ

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

1. KENAL

Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi. "Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi... "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya" Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab dengannya.... Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa juga perkara.

2.KELAS

Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

3. KUFU

Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

4. KASIH

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis...... "Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah memberitahu: "Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu" Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.

Hadis Nabi ada menyatakan "Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya." Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

5. REDHA

Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya "Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka" "Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya" Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat 26 "Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik" Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga.... "Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan. Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan. Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq. Maka turunlah Surah Al Baqarah: "Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik..."

Tuesday, October 13, 2009

Resah....

Resah dan gelisah...
Entah kenapa dan mengapa aku menjadi resah dan gelisah semenjak dua menjak nieh. ditambah lagi dgn keja-keja yg masih belom setel. Badan letih mata ngantuk tapi tak boleh tidur. satu benda yg boleh jadikan kepala aku bengong. Agak lama aku tak terkena 'gejala resah gelisah' nieh. Nak kata sebab keje tak setel...mungkin jugak tapi bukanlah faktor besarnya. sejak aku gagal dlm sem 4 (semester yg menjatuhkan aku...huhu...) aku terlampau memikirkan bagaimana masa depanku. macam mana dapat aku membalas jasa mak bapak aku yg selalu bersusah payah. macam mana aku nak mendapat kehidupan yg lebih baik dari sekarang utk keluarga aku. mcm mana aku nak bagi kesenangan utk ibu bapaku. itu saja matlamat aku utk dunia nieh. aku tak mengharap lebih dari itu kat dunia nieh. aku teringin nak tgk ibu bapa aku duduk rilek jer. biar aku yg keje dia org duduk santai jer kat rumah, pegi becuti ker, melancong ker, tak pun pegi duduk beribadat dgn tenang. nak ikutkan bapak aku tu umur mcm tu dah tak layak keje dah tapi gagah lagi org tua tu bekerja. rasa sgt bersalah aku sebab aku gagal dulu sampai aku terpaksa tambah lg satu sem. patut sekarang nieh aku dah mula bekerja dan bapak aku dah boleh rilek kat rumah...memang satu kesilapan besar aku. sebab tu aku sgt berharap ini adalah semester yg benar-benar terakhir. banyak lg misi hidup aku dan semoga tuhan masih panjangkan umur kedua-dua org tua aku dan juga umur aku supaya dapat aku memberi sesuatu utk mereka. sekurang-kurangnya sebuah rumah sendiri yg selesa utk aku dan mereka menetap sebab sekarang nieh aku tinggal di rumah kerajaan. kemudian dapat aku sara hidup mereka yg sekarang nieh hanya tinggal bersisa sedangkan dia org menyara hidup aku sepanjang 23 tahun nieh. sgt besar jasa ibu bapa aku dan aku tak rasa aku mampu balas. memang banyak yg terpaksa aku korbankan utk lihat dia org gembira tapi banyak lagi dan besar lagi pengorbanan kedua org tua aku. tak terbanding dengan pengorbanan aku. hanya Allah sahaja yg tahu. Semoga Allah kabulkan harapan aku...semoga doaku sidi...Amin ya Rabbal A'lamin...

Monday, October 12, 2009

KITA HANYA TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya

Kita datang ini kosong tangan dada

Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala


Pada tetamu yang datang dan

Kenal jalan pulang

Bawalah bakti mesra kepadaTuhan kepada Insan

Pada tetamu yang datang

Dan lupa jalan pulang

Usahlah derhaka pula

Pada Tuhan kepada insan


Bila kita lihat manusia lupa tempat

Atau segera sesat puja darjat Puja pangkat

Segera kita insaf kita ini punya kiblat

Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke laut biru Ke kuning darat

Harus kita lekas sedar penuh pada tugas

Harus kita tegas sembah Seluruh rasa belas


Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


"KITA HANYA TETAMU SENJA.."

-A Samad Said-

memang benar seperti apa yg tertulis dalam puisi A Samad Said yg kita nie hanya tetamu senja. yelah, kita nie hidup pun berapa lama jer...sampai masa malaikat maut dtg jemput dah kita kena pergi. So, selagi hidup nie lah kita kena berbakti pada agama, berbakti pada insan untuk bekalan di 'sana' . Tapi bknlah bermaksud kita tak perlu hiraukan dunia...Tapi kekadang aku jd bingung dengan diri sendiri. Kenapa? Puas aku melawan dan terus melawan utk balik ke pangkal jalan. tapi sangat susah...sangat sakit jiwa aku melawan nafsu...melawan godaan duniawi yg semakin menjadi-jadi...semakin kuat aku melawan makin kuat godaannya...makin kuat bisikan syaitan. terasa dekat sgt bisikan itu. aku rasa sgt lemah. mungkin terlalu lama aku dihanyutkan oleh arus dunia dan aku dah terbiasa asyik berkhayal leka dengan buaian nafsu bertuankan syaitan...tapi aku tetap berazam utk meneruskan jihad ini dan aku tetap berdoa semoga ditemukan Allah jalan utk aku pulang ke tempat asalku sebagaimana janji Allah Empayar Islam tetap akan bangkit sebelum kiamat seperti itu juga aku-semoga empayar imanku bangkit sebelum aku temui kiamatku...amin...

Persetankan mereka...

Dalam aku merenung jauh dalam diri aku sendiri kekadang aku tertanya-tanya adakah aku nieh seorang yg membosankan org lain? kekadang aku terasa mcm betul dan aku kerap mencuba utk menjadi seorang yg tidak membosankan tetapi aku terasa pula mcm aku nieh menjengkelkan org lain. Sehinggakan ramai yg telah menganggap aku tidak pernah serius dalam hidup. Sampaikan akumenceritakan sesuatu yg serius yg melibatkan hidup dan mati pun org taknak percaya. Mcm mana agaknya untuk aku mengubah penampilan aku. Memang susah untuk aku puaskan hati semua pihak. Tapi dah memang sifat aku selalu tertanya-tanya apa yg org fikir tentang aku? apa yg org kata pasal aku nieh...hmmm...kadang-kadang aku pun bosan dan terjengkel dangan diri sendiri...Pernah aku bertanya pada sahabat karibku yg sama-sama membesar dengan aku dari kecik pasal apa yg aku fikirkan nieh dan dia telah bagi pada aku satu falsafah yg agak menarik "kau asyik fikirkan nak jaga hati org lain tapi pernah ke org lain fikir nak jaga hati kau?" dan aku agak faham dgn apa yang dia maksudkan. Selepas itu aku agak sedar yg kita tidak mungkin mampu memuaskan hati semua org. akan tetap ada org yg tak puas hati, terjengkel dan bosan dgn kita sampai bila-bila dan mungkin sampai kita mati. Apa yg aku perlu jadilah mcm mana aku nak jadi dan persetankan org nak kata apa...

Alhamdulillah...

Sebagai menandakan aku sebagai seorang muslim, aku mulakan blog ini dengan Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...setelah lama aku merancang untuk mencipta blog akhirnya aku berjaya memulakannya. Dengan rasa bosan yang tuhan bagi pada aku di waktu pagi ini serta mata aku yang tak berjaya aku lelapkan aku terfikir ada baiknya aku try untuk buat blog ini. Akhirnya aku pun buatlah blog ni. Kita mampu merancang dan tuhan telah tentukan pagi inilah masanya untuk aku membuat blog.