Monday, October 12, 2009

Persetankan mereka...

Dalam aku merenung jauh dalam diri aku sendiri kekadang aku tertanya-tanya adakah aku nieh seorang yg membosankan org lain? kekadang aku terasa mcm betul dan aku kerap mencuba utk menjadi seorang yg tidak membosankan tetapi aku terasa pula mcm aku nieh menjengkelkan org lain. Sehinggakan ramai yg telah menganggap aku tidak pernah serius dalam hidup. Sampaikan akumenceritakan sesuatu yg serius yg melibatkan hidup dan mati pun org taknak percaya. Mcm mana agaknya untuk aku mengubah penampilan aku. Memang susah untuk aku puaskan hati semua pihak. Tapi dah memang sifat aku selalu tertanya-tanya apa yg org fikir tentang aku? apa yg org kata pasal aku nieh...hmmm...kadang-kadang aku pun bosan dan terjengkel dangan diri sendiri...Pernah aku bertanya pada sahabat karibku yg sama-sama membesar dengan aku dari kecik pasal apa yg aku fikirkan nieh dan dia telah bagi pada aku satu falsafah yg agak menarik "kau asyik fikirkan nak jaga hati org lain tapi pernah ke org lain fikir nak jaga hati kau?" dan aku agak faham dgn apa yang dia maksudkan. Selepas itu aku agak sedar yg kita tidak mungkin mampu memuaskan hati semua org. akan tetap ada org yg tak puas hati, terjengkel dan bosan dgn kita sampai bila-bila dan mungkin sampai kita mati. Apa yg aku perlu jadilah mcm mana aku nak jadi dan persetankan org nak kata apa...

No comments:

Post a Comment