Wednesday, October 21, 2009

Fenomena Sejadah Berdiri










TIGA helai sejadah berdiri di Surau Al-Rahmaniah ketika penduduk datang menunaikan solat Asar di Kampung Teluk Yan, Alor Setar semalam.

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan beberapa fenomena sejarah berdiri. Ada yang berpendapat ia dilakukan orang dan ada juga pendapat yang fenomena ini adalah petunjuk atau peringatan dari Allah.









ORANG RAMAI melihat sejadah berdiri di surau Sekolah Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.



Bagi aku pula insan biasa yang tiada apa-apa dan cuma mempunyai sekelumit ilmu ini pula berpendapat bahawa kedua-dua kemungkinan adalah betul. Bagi aku benda ini tak perlu diperdebatkan lebih-lebih (petunjuk atau dibuat orang). Tak kisahlah sejadah itu berdiri atau orang yang dirikan. Anggaplah ia petunjuk dari Allah kerana petunjuk Allah itu boleh melalui pelbagai medium atau cara.

Yang pentingnya apabila kita melihat fenomena ini berlaku ini menunjukkan betapa Allah memberi satu petunjuk bahawa masyarakat kita terlalu lupa dan lalai tentang solat. Mereka yang tidak pernah solat satu perkara, yang bersolat sekali sekala satu perkara, yang solat tanpa ilmu satu perkara dan yang langsung tak ada langsung ilmu solat satu perkara.

Jika sekalipun perkara ini dibuat-buat oleh seseorang atau sesiapa pun kita kena ingat bahawa hakikatnya setiap makhluk digerakkan oleh Allah dan mungkin niat mereka itu mahu menggemparkan suasana tetapi di sudut lain ia adalah sindiran daripada Allah untuk masyarakat kita.

Perlu diambil iktibar oleh kita bersama...Wallah hu a'lam...






TIGA sejadah berdiri di surau Tanah Liat,
Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.


PENDUDUK melihat sejadah berdiri di dalam
Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang semalam

No comments:

Post a Comment