Sunday, October 18, 2009

Kehilangan...

Hari ini salah seorg sahabatku telah kehilangan seorg insan yg aku percaya amat disayanginya kerana seperti aku, aku amat sayangkan ayahku...siapa yg tak sayangkan ayahnyer...org yg telah banyak bersusah payah memerah keringat dari kita masih kecil sampailah ke besar masuk universiti pun dia tanggung. Aku percaya tentu sahabatku tu sedang sgt berduka dan memang berat utknya menerima hakikat pemergian bapanya itu.Tetapi semuanya sudah di dalam perancangan Ilahi. Tak mampu utk diubah siapa pun jika telah ditakdirkanNya. Hanya yg kita mampu hanya menerima hakikat itu dan teruskan kehidupan di samping menunaikan tanggungjawab sebagai anak mendoakannya agar dia sejahtera di alam sana.

Memang mudah utk aku berkata-kata seperti itu tetapi tak dapat aku bayangkan bagaimana keadaan aku apabila tibanya giliran aku menghadapi keadaan seperti ini. Mungkinkah aku dapat menahan perasaan aku dari terus menangisi pemergian insan yang aku sayang? Aku tak tahu...Ayah yg buat masa ini menjadi tulang belakang keluargaku itu semakin hari makin tua dan sudah dihinggapi beberapa penyakit nampak seperti sengaja menggagahkan diri sedangkan keperitannya menahan sakit hanya Allah yg tahu...sememangnya aku tak tahu...aku sangat mengharapkan masih diberi peluang kepadaku utk menabur jasa utknya...moga dipanjangkan lagi umurnya...

Kita mampu merancang hanya tuhan menentukan...seperti sahabatku itu, aku percaya mungkin dia telah menyusun beberapa perancangan utk dilaksanakan selepas ini (habis belajar) bersama bapanya tapi perancangan Allah lebih sempurna dan ada hikmahNya yg tersirat dan kita hanya tahu selepas kita berjaya laluinya dengan tabah dan sabar. Aku sangat mengharapkan agar sahabatku itu tabah dan sabar menghadapi hakikat yg pedih ini...Semoga roh ayahnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan di kalangan hambaNya yg soleh...Alfatihah...

1 comment: