Tuesday, October 13, 2009

Resah....

Resah dan gelisah...
Entah kenapa dan mengapa aku menjadi resah dan gelisah semenjak dua menjak nieh. ditambah lagi dgn keja-keja yg masih belom setel. Badan letih mata ngantuk tapi tak boleh tidur. satu benda yg boleh jadikan kepala aku bengong. Agak lama aku tak terkena 'gejala resah gelisah' nieh. Nak kata sebab keje tak setel...mungkin jugak tapi bukanlah faktor besarnya. sejak aku gagal dlm sem 4 (semester yg menjatuhkan aku...huhu...) aku terlampau memikirkan bagaimana masa depanku. macam mana dapat aku membalas jasa mak bapak aku yg selalu bersusah payah. macam mana aku nak mendapat kehidupan yg lebih baik dari sekarang utk keluarga aku. mcm mana aku nak bagi kesenangan utk ibu bapaku. itu saja matlamat aku utk dunia nieh. aku tak mengharap lebih dari itu kat dunia nieh. aku teringin nak tgk ibu bapa aku duduk rilek jer. biar aku yg keje dia org duduk santai jer kat rumah, pegi becuti ker, melancong ker, tak pun pegi duduk beribadat dgn tenang. nak ikutkan bapak aku tu umur mcm tu dah tak layak keje dah tapi gagah lagi org tua tu bekerja. rasa sgt bersalah aku sebab aku gagal dulu sampai aku terpaksa tambah lg satu sem. patut sekarang nieh aku dah mula bekerja dan bapak aku dah boleh rilek kat rumah...memang satu kesilapan besar aku. sebab tu aku sgt berharap ini adalah semester yg benar-benar terakhir. banyak lg misi hidup aku dan semoga tuhan masih panjangkan umur kedua-dua org tua aku dan juga umur aku supaya dapat aku memberi sesuatu utk mereka. sekurang-kurangnya sebuah rumah sendiri yg selesa utk aku dan mereka menetap sebab sekarang nieh aku tinggal di rumah kerajaan. kemudian dapat aku sara hidup mereka yg sekarang nieh hanya tinggal bersisa sedangkan dia org menyara hidup aku sepanjang 23 tahun nieh. sgt besar jasa ibu bapa aku dan aku tak rasa aku mampu balas. memang banyak yg terpaksa aku korbankan utk lihat dia org gembira tapi banyak lagi dan besar lagi pengorbanan kedua org tua aku. tak terbanding dengan pengorbanan aku. hanya Allah sahaja yg tahu. Semoga Allah kabulkan harapan aku...semoga doaku sidi...Amin ya Rabbal A'lamin...

No comments:

Post a Comment